Wednesday, April 6, 2011

PESANAN BUAT LELAKI... DAN JUGA WANITA!


> WANITA:AKALNYA SENIPIS RAMBUT
> Jangankan lelaki biasa,
> Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
>
> tanpa mereka,fikiran dan perasan lelaki
> akan resah,
> Masih mencari
> Walau ada segalanya,
>
> Apa yang tiada dalam syurga?
> Namun Adam
> tetap rindukan Hawa..
>
> Dijadikan wanita
> dari tulang rusuk
> yang bengkok itu,
> untuk diluruskan
> oleh lelaki,
>
> Tetapi seandainya
> Lelaki itu sendiri
> tidak lurus...
> mana mungkin
> kayu akan bengkok
> menghasilkan bayang yang lurus,
>
> Luruskan wanita
> dengan jalan ditunjukkan
> oleh Allah SWT,
> kerana mereka diciptakan
> sebegitu rupa oleh Allah,
>
> Didiklah mereka
> dengan panduan nya,
> Janganlah cuba menjinakkan
> dengan harta,
> Kerana nantinya
> mereka akan liat,
>
> Janganlah hiburkan mereka
> dengan kecantikkan,
> Kerana nantinya
> mereka derita,>>Kenalkanlah mereka
> kepada Allah,
> Zat yang kekal,
> Disitulah punca
> kekuatan dunia!!!
>
> Akalnya
> senipis rambutnya,
> Tebalkan ia dengan ilmu,
> Hatinya
> separuh kaca,
> Kuatkanlah ia
> dengan iman,
> Perasaannya
> selembut sutera,
> Hiasilah ia dengan akhlak,
>
> Suburkanlah ia
> kerana daripada situlah nantinya,
> mereka akan lihat
> nilaian dan keadilan,
>
> Tuhan,
> Bisikkanlah
> ke telinga mereka
> bahawa kelembutan
> bukan satu kelemahan,
> Ia bukan satu diskriminasi Tuhan,
> sebaliknya disitulah
> kasih dan sayang Tuhan,
>
> Jinakkanlah diri
> kepada Allah,
> Nescaya akan jinaklah
> segala-galanya
> dibawah pimpinanmu lelaki,
>
> Jangan mengharapkan
> isterimu semulia
> Fatimah Az Zahra,
> Andai dirimu
> tidak sehebat
> Saidina Ali Karamallahuwajhah
>
> Terimalah  wanita
> dengan seadanya
> kerana setiap ciptaan Allah
> tidak ada yang sia-sia
> semuanya penuh makna..........